Sejarah Majlis_Sukan_Negara_Malaysia

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak kedua pada 21 Februari 1972.[1]

Pada peringkat awal penubuhan MSN, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.[1]

Selepas penysunan semula majlis pada tahun 1981, MSN mengembangkan program dan aktiviti sehingga apa yang dapat dilihat pada masa kini. Matlamat penubuhan MSN selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.[1]