Sejarah Majlis_Tilawah_Al_Quran_Peringkat_Kebangsaan

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan yang pertama telah diadakan pada 8 Mac 1960 bersamaan dengan 20 Ramadan tahun 1379 Hijrah. Pertandingan ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra. Kesemua 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu telah menghantarkan wakil masing-masing ke pertandingan ini.[perlu rujukan]

Sebenarnya pertandingan membaca al-Quran merupakan satu tradisi dan peristiwa tahunan bagi kebanyakan negeri di Tanah Melayu. Menurut sumber dan catatan tertentu, pertandingan membaca al-Quran telah bermula di Negeri Kedah oleh Tunku Abdul Rahman Putra dalam tahun 1951. Kemudian pada tahun 1959 pula beliau telah mengambil daya utama menganjurkan pertandingan membaca al-Quran antara Johor dan Kedah.[perlu rujukan]

Tujuan diadakan pertandingan di peringkat Kebangsaan ini adalah untuk meletakkan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani umat Islam yang berpandukan kitab suci Al-Quran seterusnya melahirkan generasi qurani. Amalan ini pula adalah selaras dengan semangat yang terkandung dalam perlembagaan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Majlis_Tilawah_Al_Quran_Peringkat_Kebangsaan //scholar.google.com/scholar?q=%22Majlis+Tilawah+A... //www.google.com/search?&q=%22Majlis+Tilawah+Al+Qu... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Majli... //www.google.com/search?q=%22Majlis+Tilawah+Al+Qur... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Majlis+Tila... http://www.youtube.com/watch?v=2wFHMgkkmXg http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/galeri-medi... http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawa... http://www.islam.gov.my http://www.tilawah.gov.my