Makanan_cekut
Makanan_cekut

Makanan_cekut

Makanan cekut (Tulisan Jawi: ماكنن چكوت) ialah makanan yang harus dimakan secara langsung menggunakan tangan, berbanding dengan makanan yang dimakan dengan pisau dan garpu, sudu, penyepit, atau peralatan lain.[1] Dalam sesetengah budaya, makanan hampir selalu dimakan dengan tangan; sebagai contoh, masakan Habsyah dimakan dengan menggulung pelbagai hidangan di dalam roti injera.[2] Makanan yang dianggap makanan jalanan lazimnya, walaupun tidak semestinya, makanan cekut.