Sejarah Maktab_Rendah_Sains_MARA_Imtiaz_YT_Ketengah

Penubuhan MRSM YT Ketengah adalah selaras di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Sehingga kini, MRSM menawarkan empat sistem pendidikan khusus kepada pelajar iaitu aliran IGCSE, International Baccalaureate Middle Years Programme, Ulul Albab dan Teknikal serta sistem pendidikan umum. Nama Imtiaz YT Ketengah diambil berdasarkan kepada jalinan kerjasama di antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia di bawah agensi MARA, kerajaan negeri Terengganu di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) serta Yayasan Terengganu (YT)[3].

Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), pembinaan projek MRSM ini dapat menjimatkan kos di mana kos pembinaan keseluruhan yang perlu ditanggung MARA jika tiada usahasama mencecah hampir RM50 juta[3]. Berbeza dengan Sekolah Menengah Imtiaz yang menerapkan aspek keagamaan, MRSM Imtiaz YT Ketengah pula menawarkan sistem pendidikan sains keusahawanan dan ditawarkan untuk pelajar menengah atas sahaja[4].

Pengambilan pelajar sulung telah diadakan pada 21 Mac 2016 dan 4 April 2016 di mana seramai 110 orang pelajar tingkatan 4 telah mendaftar masuk untuk sesi tahun 2016[2].

Pada tahun 2019,graduasi dan Peperiksaan SPM yang terakhir dan merupakan ansara terakhir kepada MRSM Imtiaz YT KETENGAH iaitu pelajar tingkatan 5 (Vorsitzender) dan juga banyak yang sudah berjasa kepada Maktab ini dari segi akademik dan kurikulum seperti pelajar sulung(Actor) dan pelajar tahun 2017/2018(Invictus).Pada SPM tahun 2018,pelajar bernama Aisyah Nadhirah telah mendapat 10A+ dan amat membanggakan MRSM IYTK.

Selain itu, tarikh akhir beroperasinya mrsm ini ialah pada 31 Disember 2019.Seterusnya para pelajar tingkatan empat (Tiada nama) sesi 2019 akan di pindahkan ke MRSM Kuala Terengganu.Hal ini akan memberi kesan kepada pelajar kerana perlu menyesuaikan diri di tempat baharu dan di gelar sebagai 'penumpang'.