Sejarah Maktab_Rendah_Sains_MARA_Sultan_Azlan_Shah

MRSM Sultan Azlan Shah yang berkeluasan 50 ekar terletak di Lot 2344, Liman Kati, Mukim Kota Lama Kiri,Daerah Kuala Kangsar.MRSM ini mula beroperasi pada 6Julai 2015 dengan kumpulan pertama staf pengurusan dan pentadbiran seramau 36 orang di bawah pimpinan Pengetua, Tuan Haji Shahrome bin Daud (Pengetua 2015-2017).Beliau merupakan anak jati kelahiran Mukim Kota Lama Kiri.

Di awal penubuhannya dikenali dengan nama MRSM Kuala Kangsar. MRSM ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudiin Shah Al-Maghfur-Lah D.K,D.K.S.A,D.K.A, D.M.N ,D.K. (Kelantan) ,D.K. (Selangor) ,D.K.N.S,D.K (Perlis), Ph. D (Harvard).

Pengambilan pelajar kumpulan pertama tingkatan satu seramai 365 orang telah mendaftar pada 27 Julai 2015.Pelajar-pelajar ini terdiri daripada 184 orang pelajar MRSM Sultan Azlan Shah dan 181 orang pelajar MRSM Sg. Besar Ulul Albab (penempatan sementara).