MalMedTim

MalMedTim atau Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia merupakan pasukan pegawai perubatan dari Kor Kesihatan Diraja (KKD) ATM yang ditubuhkan dengan misi memberi bantuan perubatan dan kesihatan ke seluruh dunia. PBB dan negara rakan yang menghadapi bencana alam biasanya meminta bantuan Malaysia. Bantuan kewangan, pakaian, khemah dan makanan sahaja tidaklah mencukupi bagi membantu mangsa bencana alam dan pelarian perang. Pasukan NGO memang ada menghantar pasukan mereka tapi menghadapi masalah tenaga manusia, kepakaran dan kewangan. Lantaran itu MalMedTim ditubuhkan bagi menangani masalah tersebut. Nama Malaysia juga berkibar megah di negara berkenaan.