Malacky
Malacky

Malacky

Malacky (-Slovak, Jerman: Malatzka, Hungarian: Malacka) merupakan sebuah bandar dan perbandaran di barat Slovakia berjarak sekitar 35 kilometer (22 batu) utara dari ibu negara Bratislava. Semasa kurun ke 10 sehingga tahun 1918, bandar ini sebahagian daripada Kerajaan Beraja Hungary.Bandar ini adalah antara beberapa kawasan yang berada di dalam rantau "Záhorie", yang berada antara banjaran gunung Little Carpathians di timur dan Sungai Morava di barat. Bandar ini merupakan hab ekonomi dan hab kebudayaan untuk pekan berdekatan seperti Gajary, Kostolište, Veľké Leváre dan Jakubov. Bandar ini terletak berdekatan Lebuhraya Prague-Brno-Bratislava dan ramai penduduk berulang setiap hari ke Bratislava. Banjaran gunung Little Carpathians yang mempunyai banyak laluan bertanda memberi peluang yang menarik untuk melakukan aktiviti berbasikal gunung.

Malacky

Daerah Malacky
Kepadatan 298/km2 (772/sq mi)
Datuk Bandar Juraj Říha
Zon waktu CET (UTC+1)
Zon Pelancongan Záhorie
Car plate MA
Kawasan 59.81 km2 (23.09 sq mi)
Kod kawasan +421-34
Rekod Terawal 1206
Poskod 90101
Negara  Slovakia
Populasi 17,847 (31 December 2005)
Ketinggian 159 m (522 ft)