Malam
Malam

Malam

Malam ialah suatu masa antara 20:00 dan 03:59, atau di mana sebuah tempat sedang tidak berhadapan dengan matahari, dan oleh sebab itu gelap. Detik sebahagian planet sedang mengalami malam hari, belahan yang lain mengalami siang hari. Kerana putaran Bumi, maka siang dan malam hari saling berganti, dan membentuk satu hari yang terdiri daripada 24 jam. Secara astronomi, malam bermula apabila matahari terbenam dan berakhir apabila matahari terbit. Namun, masa antara matahari terbenam dan 18 darjah di bawah ufuk barat boleh disebut teja.