Malaysia_Baharu

Malaysia Baharu ialah slogan yang diperkenalkan sejurus Parti Pakatan Harapan menguasai majoriti ahli Dewan Rakyat semasa Pilihan raya umum Malaysia 2018 pada 9 Mei 2018. Slogan Malaysia Baharu merupakan slogan yang membawa maksud kerajaan baharu yang berjaya mengalahkan kerajaan Barisan Nasional yang telah menguasai kerajaan persekutuan Malaysia sejak kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 1957.Kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berjaya menguasai majoriti Dewan Rakyat dan menguasai majoriti Dewan Undangan Negeri Kedah, Melaka, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah, selain mengekalkan majoriti di Dewan Undangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang. Pakatan Harapan secara rasmi diberi mandat selama 22 bulan sahaja sebelum digulingkan dalam satu krisis politik oleh parti komponen PH, beberapa individu ahli parlimen yang melompat parti dan bersekutu dengan parti-parti politik dari blok pembangkang selepas Tun Dr. Mahathir meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020. Walaupun beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri interim untuk satu tempoh yang singkat, Pakatan Harapan gagal menguasai majoriti dewan rakyat yang menyebabkan gabungan Perikatan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan yang baharu selepas memperoleh 115 kerusi dari 222 kerusi di dalam dewan rakyat.Kini, Pakatan Harapan menjadi blok pembangkang di Malaysia dengan memiliki 106 kerusi parlimen (47.75%) dan menguasai majoriti Dewan Undangan Negeri Kedah, Negeri Sembilan, Sabah, Selangor dan Pulau Pinang dengan memiliki 202 kerusi (40%).