Malaysia_di_Sukan_Deaflimpik_Musim_Panas_2017
Malaysia_di_Sukan_Deaflimpik_Musim_Panas_2017

Malaysia_di_Sukan_Deaflimpik_Musim_Panas_2017

Malaysia beraksi di Sukan Deaflimpik Musim Panas 2017 yang diadakan di Samsun, Turki selepas hampir terlepas peluang beraksi di Sukan Deaflimpik Musim Panas 2013 berikutan dakwaan pemain Malaysia yang tidak cukup latihan untuk beraksi di acara tersebut.[1] Malaysia menghantar delegasi yang terdiri daripada 16 peserta untuk acara itu walaupun sebelum ini diumumkan hanya 10 peserta yang akan mengambil bahagian dalam acara pelbagai sukan itu.[2][3] Ini adalah kali kelima Malaysia layak menyertai Deaflimpik Musim Panas selepas membuat debut Deaflimpik pada 1993.Sebelum acara Deaflimpik, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa pemenang pingat akan diberi ganjaran.[4] Malaysia meraih satu-satunya pingat dalam acara beregu campuran badminton.[5]