Malaysia_di_Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2008
Malaysia_di_Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2008

Malaysia_di_Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2008

Malaysia menyertai Sukan Olimpik Beijing 2008 yang akan diadakan di Beijing, Republik Rakyat China mulai 8 Ogos hingga 24 Ogos 2008. Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang telah menjadi pembawa Jalur Gemilang ke acara pembukaan. Malaysia menghantar 33 atlet untuk menyertai sembilan acara sukan dalam temasya ini. Kontinjen Malaysia kali ini merupakan yang terbesar sejak Olimpik Melbourne pada 1956. [1] Lee Chong Wei memenangi pingat pertama Malaysia sejak 12 tahun lalu dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki badminton selepas tewas kepada pemain tuan rumah dan juara dunia Lin Dan. Ia merupakan pingat perak kedua yang pernah dimenangi Malaysia sejak kenegaraannya pada 1957.