Perniagaan Malek_Noor

Beliau menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Beliau juga pengarah eksekutif Universal Fitness and Leisure (UFL) . Menerusi perniagaan ini beliau telah merantau seluruh Amerika Syarikat dan Hong Kong selama lebih 30 tahun. Kini beliau menjual syer dalam syarikat KK Design kerana tidak berhajat menetap di Hong Kong. Semasa di Denver, Amerika Syarikat Malek melihat pelbagai bentuk kepercayaan .

Berkat perniagaan yang diceburinya membolehkan beliau menderma kepada pelakon Allahyarham Yusni Jaafar, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Santokh Singh dan bekas atlet olahraga kebangsaan, Ishtiaq Mubarak dan lain-lain.