Malek_Selamat

Abdul Malek Bin Selamat (13 Disember 1936 - 26 Mac 1986) ialah salah seorang pelakon lelaki Melayu kelahiran Singapura di Cathay-Keris Film Productions, Singapura sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. Sebelum memulakan kerjaya dalam bidang lakonan dan perfileman, Malek memulakan kerjaya awalnya dalam bidang sukan sebagai pelumba basikal profesional pada era 1950an.