Malin Maria Åkerman (lahir 12 Mei 1978) ialah pelakon, model dan penyanyi Sweden-Amerika. Dilahirkan di
Stockholm kepada ibu bapa berbangsa
Sweden, beliau dibesarkan di
Ontario,
Kanada, di mana keluarganya menetap di sana pada 1980an. Pada awal 2000an, Åkerman mempunyai beberapa bahagian kecil dalam penerbitan Kanada dan Amerika, termasuk
The Utopian Society (2003) dan
Harold & Kumar Go to White Castle (2004). Susulan peranannya dalam siri komedi
HBO The Comeback (2005), beliau meraih lakonan bersama pertamaya dalam filem komedi romantik
The Heartbreak Kid (2007) dan
27 Dresses (2008). Åkerman menjayakan watak utama dalam filem adiwira
Watchmen (2009) sebagai Silk Spectre II, di mana beliau dicalonoan di Anugerah Saturn bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.Åkerman mempunyai peranan pembantu dalam filem 2009
The Proposal dam
Couples Retreat. Pada tahun 2010, beliau menjadi salah seorang pelakon siri komedi
Adult Swim Childrens Hospital, yang tamat pada 2016. Beliau berlakon dalam empat filem pada 2012, termasuk filem komedi
Wanderlust dalam filem muzikal
Rock of Ages. Beliau kemudian berlakon dalam siri komedi
ABC Trophy Wife (2013–14). Pada tahun setrusnya, Åkerman berlakon dalam filem
I'll See You in My Dreams (2015) dan Rampage (2018). Sejak 2016, Åkerman memegang watak utama dalam siri
Showtime Billions sebagai Lara Axelrod.Selain lakonan dan model, Åkerman juga aktif seketika dalam bidang muzik sebagai vokalis kumpulan rock alternatif The Petalstones pada awal 2000an, namun meninggalkannya kerana fokus pada kerjaya lakonan. Beliau telah berkahwin sebanyak dua kali, kepada pemain dram kumpulan itu, Roberto Zincone, dan dikurniakan seorang anak lelaki, dari 2007 hingga 2014, dan pelakon British
Jack Donnelly, yang dikahwininya pada 2018.