Kerjaya Malique_Ibrahim

Beliau memasuki industri muzik tanah air pada 1998 bersama duo hip-hop Too Phat. Beliau bergerak solo di sekitar tahun 2007.

Pada 2008, Beliau telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri dengan nama Qarma Musiq dan aktif berkarya dengan memperkenalkan beberapa lagu dengan artis-artis ternama dan artis-artis baharu di bawah syarikat rakaman beliau itu.[3] Beliau giat mengeluarkan single seperti Kau Yang Punya tampil bersama Najwa, Mantera Beradu tampil bersama M. Nasir, Cerita Kedai Kopi tampil bersama Salam, Aku Maafkan Kamu tampil bersama Jamal Abdillah, Teman Pengganti bersama Black Hanifah dan yang terbaru Pejamkan Mata tampil bersama Dayang Nurfaizah.

Menghasilkan LP pertama bertajuk OK yang memuatkan 18 buah lagu pada 2008. Pada 2009, beliau menghasilkan LP kedua dengan usaha sama DJ Fuzz bertajuk K.O The Mixtape yang memuatkan 19 buah lagu.Pada 2015, Beliau memperkenalkan artis baru di bawah Qarma Musiq, Nukilan yang dianggotai 3 orang, Kirana, Kelana dan Agenda dengan penampilan khas dalam lagu bersama artis pop dari Indonesia, Shae dalam lagu Rindu. Pada pertengahan April 2015, Nukilan mengeluarkan single pertama mereka, Aduh Neng yang kerap dimainkan di corong radio.Pada Disember 2016, Beliau menghasilkan LP tebaru berjudul TKO: Pejamkan Mata yang memuatkan 8 lagu single yang pernah dikeluarkan sekitar 2008-2015 dan memuatkan 3 lagu baru termasuk Pejamkan Mata tampil bersama Dayang Nurfaizah.

Pada Mac 2017, pada acara Anugerah Meletop ERA 2017. Malique telah "muncul kembali" ke atas pentas untuk mempersembahkan lagu ciptaannya sendiri iaitu Pejamkan Mata bersama Dayang Nurfaizah tetapi hakikatnya bukan Malique yang kelihatan semasa persembahan tersebut namun ramai peminat yang hadir pada malam itu begitu gembira apabila mendengar suara Malique secara live selepas 10 tahun lamanya.[4]