Cadangan Malnutrisi

Dalam menangani masalah ini, ibu bapa perlu sedar akan beberapa perkara supaya tidak berlaku malnutrisi di kalangan kanak-kanak.

  • Badan memerlukan makronutrien (nutrien yang penting dalam jumlah yang kecil) daripada diet makanan kerana badan tidak dapat menghasilkan nutrien ini untuk memenuhi keperluan badan yang optimum. Mikronutrien terdiri daripada vitamin A, B dan C, folik, zink, kalsium, iodin dan zat besi. Rawatan bagi kekurangan zat besi termasuklah pengambilan zat besi menerusi makanan yang diperkayakan serta suplemen zat besi.
  • Menyusu badan adalah digalakkan untuk memastikan bahawa bayi tidak mempunyai masalah kekurangan dalam vitamin ini kerana susu ibu adalah kaya dengan vitamin A. Makanan yang diperkaya dan pertambahan jumlah buah dan sayuran di dalam diet adalah penting untuk mengurangkan risiko kekurangan vitamin A di kalangan orang dewasa. Perempuan mengandung adalah mudah terdedah kepada risiko kekurangan vitamin A kerana perkembangan fetusnya telah menggunakan vitamin A yang terdapat di

dalam tubuhnya.


  • Makanan perlu seimbang
  1. Makanan seimbang merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut/gentian yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan.
  2. Menyediakan makanan yang seimbang adalah penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
  3. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  4. Kurangkan pengambilan minyak tepu dan kolesterol
  5. Kurangkan / elakkan mengambil makanan yang terproses/segera dan ringan.