Penerbitan Mamak_Cupcake

Woo Ming Jin dalam satu temu ramah mengenai pengalaman menghasilkan Mamak Cupcake berkata:

"Ianya satu pengalaman yang cukup menarik dapat bekerjasama dengan mereka semua yang cukup berbakat. Syukur filem ini dihasilkan dengan baik seperti yang dijangkakan. Ia adalah sebuah filem komedi yang sesuai ditonton setiap lapisan masyarakat."[3]

Filem ini diarahkan oleh Ming Jin yang sebelum ini mengarahkan filem Seru (2011) dan KL Zombi (2013) dengan skrip ditulis oleh M. Zulkifli Abdul Jalil. Ia merupakan hasil cetusan idea Ahmad Izham Omar untuk mewujudkan sebuah konsep bagi filem terbaru terbitan Grand Brilliance.[4] Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Siti Saleha yang digandingkan dalam sebuah filem buat pertama kalinya.[5][6]

Mamak Cupcake ialah filem masakan pertama Sam dan beliau berbangga menjadi sebahagian daripadanya. Beliau mengakui suka memasak dan kerana itulah beliau merupakan duta jenama Mamee.[7] Ia juga merupakan filem ketiga lakonan Siti Saleha dan yang kedua di bawah arahan Ming Jin selepas KL Zombi.[7]