Kerjaya Mamamoo

Pra-debut

Sebelum debut rasmi mereka, Mamamoo berkolaborasi bersama beberapa artis. Lagu kolaborasi pertama mereka bertajuk "Don't Be Happy" bersama Bumkey dikeluarkan pada 8 Januari 2014.[1] Lagu kolaborasi kedua bersama K.Will bertajuk "Peppermint Chocolate" yang juga menampilkan Wheesung dikeluarkan pada 11 Februari 2014.[2][3] "Peppermint Chocolate" menduduki tempat ke-11 dalam Carta Digital Gaon semasa minggu pertama lagu ini. Pada 30 Mei, Mamamoo mengeluarkan lagu kolaborasi ketiga bersama Geeks bertajuk "Hi Hi Ha He Ho".

2014

Kumpulan ini membuat debut rasmi mereka pada 18 Jun menerusi lagu "Mr. Ambiguous" dari album mini pertama mereka, Hello. Video muzik untuk lagu "Mr. Ambiguous" juga menampilkan penampilan kameo daripada beberapa artis K-pop terkenal seperti Jonghyun, Baek Ji-young, Wheesung, Jung Joon-young, Bumkey, K.Will dan Rhymer. Album ini mengandungi tiga lagu kolaborasi yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini dan empat lagu baru. Kumpulan ini membuat penampilan program muzik pertama mereka semasa siaran 19 Jun M! Countdown.[4]

Pada 27 Jun, Mamamoo mempersembahkan lagu "Peppermint Chocolate" bersama-sama K.Will dan Ravi dari VIXX dalam program Istimewa Pertengahan Tahun Music Bank.[5] Pada 5 Julai, kumpulan ini mengadakan konsert di Universiti Hongik.[6] Juga pada bulan Julai, Mamamoo mengeluarkan lagu runut bunyi asal pertama mereka bertajuk "Love Lane" untuk drama Marriage, Not Dating.[7]

Pada 21 November, Mamamoo mengeluarkan album mini kedua mereka, Piano Man.[8] Lagu Piano Man menduduki tempat ke-41 di dalam Carta Digital Gaon.[9] Pada akhir tahun 2014, Mamamoo menduduki tempat ke-10 dikalangan kumpulan idola wanita untuk jualan digital, ke-19 untuk jualan album dan ke-11 untuk jualan keseluruhan menurut ranking akhir tahun Gaon.[10] Semasa siaran 10 Januari Immortal Songs 2, Mamamoo menyanyikan lagu Joo Hyun-mi, "Wait a Minute" dan berjaya layak ke pusingan akhir sebelum tewas kepada Kim Kyung-ho.[11]

2015

Mamamoo membuat persembahan pada bulan September 2015.

Pada 2 April 2015, Mamamoo mengeluarkan "Ahh Oop!", sebuah lagu dari album mini ketiga mereka, Pink Funky.[12] "Ahh Oop!" merupakan kolaborasi kedua mereka bersama Esna selepas beliau ditampilkan dalam lagu "Gentleman" dari album Piano Man. Pada 13 Jun, kumpulan ini bergerak ke Ulaanbaatar, Mongolia untuk membuat persembahan di sebuah acara yang ditaja oleh Kedutaan Korea Selatan bersama Crayon Pop dan K-Much. Acara ini merupakan sebuah konsert peringatan yang diadakan bersempena ulangtahun ke-25 hubungan diplomatik diantara Korea Selatan dan Mongolia.[13]

Pada 19 Jun, Mamamoo mengeluarkan album mini ketiga mereka, Pink Funky dan lagu "Um Oh Ah Yeh". Lagu ini mencapai kejayaan komersial dengan menduduki tempat ketiga di dalam Carta Gaon.[14] Pada 23 Ogos, Mamamoo mengadakan perjumpaan peminat pertama mereka yang diberi nama "1st Moo Party".[15][16] Mereka juga mengadakan "Moo Party" di Los Angeles pada 4 Oktober. Mamamoo juga berkolaborasi dan membuat persembahan bersama Basick di dalam Show Me the Money.[17]

Pada 29 Ogos, Mamamoo menyanyikan lagu Jo Young-nam bertajuk "Delilah" di dalam Immortal Song 2.[18] Pada 31 Oktober, Mamamoo kembali ke Immortal Song 2 dan menyanyikan lagu Bae Ho bertajuk "Backwood's Mountain". Persembahan tersebut membolehkan mereka menang buat pertama kali dalam Immortal Song dengan 404 mata.[19]

2016–2017

Mamamoo di majlis pembukaan Festa Jualan Korea pada 30 September 2016.

Pada 26 Januari 2016, Mamamoo mengeluarkan lagu "I Miss You" dari album penuh pertama mereka, Melting.[20] Pada 12 Februari, lagu "1cm/Taller than You" dikeluarkan bersama sebuah video muzik. Album penuh dikeluarkan pada 26 Februari dan menduduki tempat ke-3 dalam Carta Gaon. Lagu utama, "You're the Best" juga menduduki tempat ke-3 semasa dikeluarkan sebelum naik ke tempat pertama pada minggu berikutnya.

Pada 6 Mac, mereka memenangi program muzik buat pertama kali menerusi lagu "You're the Best" di dalam Inkigayo.[21] Ia disusuli dengan kemenangan di dalam Music Bank,[22] M! Countdown,[23] dan beberapa program muzik yang lain. Secara keseluruhan, mereka memenangi lapan program muzik untuk lagu tersebut. Pada 16 Mac, Mamamoo mengadakan persembahan di Austin, Texas. Mereka juga membuat persembahan di KCON NY yang berlangsung di Newark, New Jersey pada 25 Jun.[24][25] Bersama-sama kumpulan GFriend, mereka membintangi Musim ke-7 rancangan realiti "SHOWTIME".

Pada 31 Ogos, Mamamoo mengeluarkan lagu "Angel" dan "Dab Dab" sebagai sub-kumpulan terdiri daripada penyanyi vokal (Solar dan Wheein) dan penyanyi rap (Moonbyul dan Hwasa).[26] Pada 21 September, Mamamoo mengeluarkan lagu "New York".[27][28] Selepas selesai promosi untuk lagu "New York", agensi Mamamoo mengumumkan bahawa kumpulan ini akan kembali pada 7 November menerusi album mini keempat mereka, Memory. "Décalcomanie" diumumkan sebagai lagu utama album ini.

Pada 19 Januari 2017, Mamamoo mengumumkan konsert solo kedua mereka bertajuk “2017 Mamamoo Concert Moosical: Curtain Call”. Konsert tersebut berlangsung pada 3 sehingga 5 Mac di Seoul dan 19 sehingga 20 Ogos di Busan.[29][30] Pada 17 Jun, Mamamoo mengambil bahagian di dalam Immortal Song 2 dengan menyanyikan lagu Noh Sa-yeon, "Love" dimana mereka mendapat '430 mata'.

Mamamoo mengumumkan pengeluaran album mini kelima mereka bertajuk Purple yang dikeluarkan pada 22 Jun bersama lagu utama, "Yes I Am".[31] Pada 27 Jun, mereka mencapai kemenangan rancangan muzik pertama di dalam The Show. Ia disusuli dengan kemenangan di dalam Show Champion, M Countdown dan Show! Music Core.[32][33]

2018–sekarang

Pada 4 Januari 2018, Mamamoo mengeluarkan lagu bertajuk "Paint Me" sebagai permulaan untuk konsep empat musim mereka yang akan datang. Konsep empat musim ini mengandungi empat album mini, masing-masing mewakili sebuah musim, seorang ahli, satu warna dan sebuah elemen. Mamamoo menggambarkan siri konsep ini sebagai cara untuk membuktikan diri mereka sebagai seorang artis.[34] Mamamoo mengeluarkan ablbum mini keenam mereka bertajuk Yellow Flower pada 7 Mac 2018 bersama lagu utama bertajuk "Starry Night".[35]

Pada 11 Julai, Mamamoo mengumumkan konsert solo ketiga mereka bertajuk “2018 Mamamoo Concert 4 Seasons S/S” yang akan berlangsung di Gimnasium Bola Baling Olimpik SK di Seoul pada 18 dan 19 Ogos. Mamamoo mengeluarkan album mini ketujuh mereka, Red Moon pada 16 Julai bersama "Egotistic" sebagai lagu utama.[36] Album mini ini menduduki tempat ketiga di dalam Carta Mingguan Album Gaon. Promosi untuk lagu "Egotistic" tamat pada 5 Julai di dalam Inkigayo untuk membuat persediaan terhadap konsert solo ketiga mereka.[37]

Rujukan

WikiPedia: Mamamoo http://www.sbs.com.au/popasia/blog/2016/08/31/vide... http://www.allkpop.com/article/2015/08/mamamoo-ret... http://news20.busan.com/controller/newsController.... http://tenasia.hankyung.com/archives/1227010 http://www.kpopstarz.com/articles/134343/20141111/... http://www.kpopstarz.com/articles/210231/20150612/... http://www.kpopstarz.com/articles/210483/20150613/... http://www.kpopstarz.com/articles/228393/20150807/... http://www.kpopstarz.com/articles/232595/20150819/... http://www.kpopstarz.com/articles/234102/20150825/...