Sejarah Mammal

2006

Mammal mulai pada Mac 2006 ketika vokalis Ezekiel Ox menggabung dengan teman lamanya Pete Williamson dari kumpulan Stonemasons. Pete Williamson telah dalam proses mengarang beberapa lagu bersama-sama pemain bes Nick Adam, dan lamanya keduanya perlu seorang vokalis. Waktu mereka bergabung dengan Ezekiel Ox mereka ada ketinggalan kerana masih perlu pemain drum, ketiganya mencari seorang dan tidak lama lagi ada yang ditemukan yang bernama Zane Rosanoski dan dengan begitu Mammal secara rasmi terbentuk.[4]Sesaat selapas kumpulan ini ditubuhkan Mammal bermain di konser-konser sebanyak mungkin, dan terjadinya mereka disukai banyak oleh orang-orang pendengar. Pada tahun 2006 mereka masuk Studio Sing Sing untuk merakam EP pertama yang hanya bertajuk Mammal.[4]

2007

Mammal terus bermain di pelbagai konser dan pada 2 Februari album langsung pertamanya dirakam yang bertajuk 'Vol 1: The Aural Underground'. Album ini dirilis pada hari pertama di September. Mereka juga merilis lagu 'Slaves/Nagasaki in Flames' yang juga ada versi langsung 'Hollywood Shrine'. Pada waktu ini Mammal juga mulai mengarang lagu untuk album studio pertamanya.[5]

2008 - 2009

Pada mulanya 2008 Mammal terus bermain di konser-konser termasuk di festival terkenal 'Big Day Out'. Album studio sulung mereka yang bertajuk 'The Majority'dibebaskan pada 30 Ogos 2008, album itu dirakam di 'Sing Sing Studios'.[6] [7] Pada akhir 2008 Mammal memenangi penghargaan 'Best Live Band' dari 'Music Oz Awards'yang diselenggarakan khususnya untuk kumpulan independen Pada Sep 5 2009 mereka merilis CD/DVD langsung 'Vol 2: Systematic/Automatic.

Perpecahan

Pada 31 Okt 2009 Mammal memberitahui dalam surat berkalanya bahawa semua konser-konser yang diadakan sudah dibatalkan dan mereka telah berpecah, membuat pernyataan iniĀ : "Oleh kerana perbezaan peribadi, politikal, muzikal dan bisnis yang telah lama ada, Mammal memutuskan bahawa kami tak boleh teruskan dan sekarang tiada lagi."[8].