Mamot
Mamot

Mamot

Mammoth atau Gajah Mammoth adalah beberapa spesies dalam genus Mammuthus, spesies Gajah yang mempunyai gading panjang dan lengkok manakala spesies utara, mempunyai bulu yang panjang. Mereka hidup pada zaman Pliocene (kira-kira 5 juta tahun dahulu) sehingga zaman Holocene iaitu kira-kira 4,500 tahun dahulu di Afrika, Asia, Eropah dan Amerika Utara. Mereka tergolong dalam keluarga Elephantidae yang termasuk dua genus Gajah Moden.