Kerjaya Man_Bai

Kerjaya muzik

Pada awalnya Man Bai menyertai kumpulan Gersang yang dibentuk pada tahun 1981. Selepas melalui beberapa cabaran, kumpulan Gersang mula menjulang nama di pentas muzik tempatan dengan album Gersang pada tahun 1988.

Selepas album ketiga Gersang yang berjudul B29 (1989), Man Bai berhadapan dengan cabaran apabila menghidap penyakit tonsil yang agak serius dan memerlukan pembedahan. Beliau kemudiannya berehat selama hampir enam tahun.

Setelah pulih dari penyakit tonsil, beliau mula mencipta nama sebagai penyanyi solo dengan lagu hit Kau Ilhamku pada tahun 1995.[4][5]

Beliau bekerja dengan Roslan Aziz Productions dari tahun 1991 hingga 2000.[6]

Kerjaya filem

Kerjaya filem Man Bai bermula apabila beliau menerima tawaran berlakon dalam filem Layar Lara arahan Shuhaimi Baba lakonan Ida Nerina. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkannya memenangi Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia pada 1997.

Beliau juga berlakon bersama M. Nasir dan Tiara Jacquelina dalam filem Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin.[7]