Penajaan Manchester_United_F.C.

TempohPengeluar kitPenaja baju
1945–1975Umbrotiada
1975–1980Admiral
1980–1982Adidas
1982–1992Sharp Electronics
1992–2000Umbro
2000–2002Vodafone
2002–2006Nike
2006–2010AIG
2010–2014Aon
2014–2015Chevrolet
2015–2021Adidas
2021–2025TBD


Pada 23 November 2005 Vodafone telah menamatkan kontrak tajaan baju empat tahun £36 juta dengan Manchester United. Pada 6 April 2006, ketua eksekutif David Gill mengumumkan AIG sebagai penaja baju baru [10] Manchester United dengan rekod baru kontrak penajaan baju sebanyak £56.5 juta untuk dibayar dalam tempoh empat tahun (£14.1 juta setahun). Manchester United kini mempunyai penajaan kedua terbesar di dunia selepas Juventus dari liga Itali, yang mendapat kontrak dengan Tamoil dengan akses lebihan £15 juta setahun.[11] Perjanjian empat tahun ini telah diumumkan sebagai penajaan terbesar dalam sejarah British, mengatasi perjanjian antara Chelsea dengan Samsung.

Pada awal musim 2010-11, Aon syarikat reinsurans Amerika menjadi penaja utama kelab itu dalam perjanjian empat tahun yang dikatakan bernilai lebih kurang £ 80 juta, menjadikannya urusan penajaan baju paling lumayan dalam sejarah bola sepak. Manchester United mengumumkan kit penaja latihan pertama mereka pada bulan Ogos 2011, bersetuju perjanjian empat tahun dengan DHL dilaporkan bernilai £ 40 juta; ia dipercayai menjadi contoh pertama penajaan kit latihan dalam bola sepak Inggeris.

Pada musim 2014/15, giliran Chevrolet, jenama kereta pula menjadi penaja utama United dan menandatangani kontrak selama 6 tahun. Sementara Aon pula menjadi penaja utama kit latihan.

Pada musim 2015/16, United merasmikan jenama sukan dari Jerman, Adidas sebagai jenama rasmi kit pasukan itu selama 6 tahun.

Rujukan

WikiPedia: Manchester_United_F.C. http://www.4thegame.com/club/mufc/ http://www.4thegame.com/features/feature/82571/.ht... http://www.football365.com/teams/manchester_united... //scholar.google.com/scholar?q=%22Manchester+Unite... //www.google.com/search?&q=%22Manchester+United+F.... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Manch... //www.google.com/search?q=%22Manchester+United+F.C... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Manchester+... http://ir.manutd.com/phoenix.zhtml?c=133303&p=irol... http://www.manutd.com/