Kepelbagaian Mandu_(ladu)

  • Mulmandu (물만두), perkataan itu sendiri bermaksud "mandu air" kerana ia direbus.[8]
  • Gunmandu (군만두) ialah mandu goreng, terbit daripada guun-mandu 구운만두=>군만두 yang bermakna ladu "di kuali". Ia kadang kala dipanggil dengan nama Jepunnya, yakimandu. [9][10]
  • Jjinmandu (찐만두) dikukus, sama ada menggunakan pengukus buluh tradisional atau moden. [6]
  • Gullin mandu (굴린만두), atau dipanggil gulmandu iaitu sejenis mandu dalam bentuk bebola tanpa penutup. Ia selalu dimakan semasa musim panas.[11]
  • Wang mandu (왕만두), ialah roti ban berisi daging babi dan sayur, serupa dengan baozi versi Cina.
  • Pyeonsu (편수), mandu yang diintikan dengan sayur dalam bentuk petak. Ia dimakan semasa musim paas dan keisitimewaan Kaesong, Korea Utara.[12]
  • Eomandu (어만두), mandu dibungkus dengan hirisan filet ikan. Ia asalnya dimakan oleh keluarga diraja dan yangban (pembesar) Korea.[13]
  • Saengchi mandu (생치만두), mandu yang diinti dengan daging kuang bayas, lembu dan tauhu, dimakan oleh keluarga diraja Korea dan di kawasan Seoul semasa musim sejuk.[14]
  • Seognyu mandu (석류만두), secara harfiahnya "ladu buah delima" kerana bentuknya [15]
  • Somandu (소만두), mandu yang diinti dengan sayur semata-mata, yang asalnya dimakan di tokong-tokong Buddha.[16]
  • Gyuasang (규아상), mandu yang diinti dengan carikan timun dan daging lembu kisar dalam bentuk gamat. Ia dimakan semasa musim panas.[17][18]
  • Kimchi mandu (김치만두), intinya mengandungi kimchi. Penambahan kimchi memberikan rasa pedas yang lebih berbanding mandu yang lain.[19]

Rujukan

WikiPedia: Mandu_(ladu) http://danmee.chosun.com/site/data/html_dir/2008/0... http://www.cnngo.com/explorations/eat/asia-street-... http://www.encyber.com/search_w/ctdetail.php?maste... http://www.globalgourmet.com/food/kgk/1099/mandu.h... http://economy.hankooki.com/lpage/hotissue/200901/... http://www.korean-cooking.com/mandu.html http://100.nate.com/dicsearch/pentry.html?s=K&i=24... http://100.nate.com/dicsearch/pentry.html?s=K&i=24... http://100.nate.com/dicsearch/pentry.html?s=K&i=24... http://100.nate.com/dicsearch/pentry.html?s=K&i=24...