Ciri Mangan

Logam mangan adalah rapuh dan senang pecah serta mudah mengalami pengoksidaan.[2] Mangan memiliki takat lebur pada 1,246 °C dan takat didih pada 2,100 °C.[3] Daripada segi susunan hablur, mangan memiliki empat jenis susunan hablur dan berkait dengan suhu mangan, seperti di bawah:[4]

Jenis mangan mengikut susunan hablur
JenisJulat suhu (°C)Bentuk hablurSifat magnet
RajahHuraian
α-ManganSuhu < 742Seperti kiub berpusatkan badanAntiferomagnet
β-Mangan742 - 1,095Struktur kiub hablur rumitParamagnet
γ-Mangan1,095 - 1,134Kiub berpusatkan mukaAntiferomagnet
δ-ManganSuhu > 1,134Kiub berpusatkan badanParamagnet

Isotop

Setakat ini, isotop-isotop mangan dengan jisim atom daripada 46 u (46Mn) ke 65 u (65Mn) telah dibuktikan. Mangan memiliki hanya satu isotop stabil, mangan-55 (55Mn) dengan jisim atom 54.930854 u.[5] Radioisotop mangan yang paling tahan lama ialah 53Mn dengan separuh hayat kira-kira 3.7 juta tahun. Radioisotop ini boleh terbentuk melalui tindak balas atom ferum-54, 54Fe dengan atom helium-3, 3He seperti di bawah:[6]

Fe 26 54 + He 2 3 ⟶ Fe 26 53 + He 2 4 → − e − Mn 25 53 {\displaystyle {\ce {^{54}_{26}Fe + ^{3}_{2}He -> ^{53}_{26}Fe + ^{4}_{2}He ->[-e^-] ^{53}_{25}Mn}}}

Peringkat pengoksidaan

Peringkat-peringkat pengoksidaan umum mangan ialah +2, +3, +4, +6, and +7. Peringkat pengoksidaan mangan yang paling stabil ialah +2 seperti mangan(II) sulfida (MnSO4). Sebatian dengan mangan pada peringkat pengoksidaan +7 seperti sebatian-sebatian permanganat, MnO4- ialah agen pengoksidaan yang kuat.[2]