Manggatal
Manggatal

Manggatal

Menggatal merupakan sebuah bandar kecil / pekan dan sebuah sub-daerah yang terletak di Daerah Kota Kinabalu,Pantai Barat Sabah, Malaysia. Ia terletak dibawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.Asalnya sub-daerah ini merupakan kawasan penduduk bumiputera Dusun, tetapi baru-baru ini kawasan ini telah mengalami peningkatan drastik berikutan penghijrahan kaum Filipino dan Indonesia ke Sabah, ada diantara imigran tersebut yang memasuki negara Malaysia ini secara sah dan ramai diantaranya tidak sah (pendatang haram tanpa izin). Mereka ini telah mewujudkan suatu koloni masyarakat yang agak membimbangkan bukan sahaja di Menggatal tetapi banyak tempat lain di Sabah mahupun di seluruh Malaysia. Namun Kerajaan Malaysia kini sedang giat membanteras kemasukan imigran secara haram dengan sentiasa menjalankan operasi penangkapan dan pengawalan bereterusan di wilayah sempadan.Universiti awam khusus buat negeri Sabah, iaitu Universiti Malaysia Sabah, terletak dikawasan tepi pantai di sub-daerah ini. Namun, pekan ini tidak dikembangkan secara teratur dan masih memerlukan banyak infrastruktur dan pengawasan.Pekan Menggatal mempunyai beberapa jajaran rumah kedai. Kebanyakannya adalah binaan baru menggunakan konkrit namun terdapat tiga blok rumah kedai yang mash dikekalkan dalam bentuk kayu. Rumah kedai berstruktur kayu itu dikatakan telah wujud sebelum era Perang Dunia ke-II. Pemilik dan pekerja di kebanyakan rumah kedai di Menggatal adalah dari kalangan minoriti kaum Cina Sabah. Di pusat bandar kecil ini berdekatan sebuah terminal bas yang berdirinya beberapa jajaran rumah dan kedai yang dahulunya merupakan tapak Panggung Paramount di Sabah.Jalanraya yang berada di pekan ini telah dihubungkan dengan Bandaraya Kota Kinabalu melalui Jalan Tuaran (Tuaran Road), iaitu jalan utama dibahagian utara Kota Kinabalu. Sub-bandar lain yang berhampiran dengan pekan Menggatal ini adalah sub bandar Inanam.