Format Mania!

Sebilangan orang penyanyi atau kumpulan muzik terkenal tanahair, termasuk yang dipilih sendiri oleh pihak penerbitan dan juga beberapa orang lagi yang dipilih daripada 'Hot Seat' melalui undian umum, berentap sesama sendiri sambil dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang penerbit muzik yang tersohor. Penentuan kumpulan ditentukan oleh beberapa konsert pendahuluan yang mana setiap penerbit menilai setiap peserta untuk disertakan dalam kumpulannya. Penerbit itu boleh memilih peserta sebaik sahaja selepas peserta itu habis membuat persembahan, ataupun menangguhkan keputusannya ke suatu ketika, hingga akhir konsert mahupun konsert seterusnya.

Setelah diagihkan kepada penerbit masing-masing, nasib kesemua peserta terserah sepenuhnya kepada undian penonton yang menilai persembahan mereka menerusi konsert mingguan yang berlangsung hingga konsert akhir. Seorang peserta disingkirkan di hujung setiap konsert. Para peserta berebut gelaran 'Superstar' dengan hadiah wang tunai terbesar sebagai ganjaran.