Sinopsis Manipulasi

Ku Haris dan Rita berkahwin selepas mengenali antara satu sama lain ketika sama-sama belajar dahulu. Haris yang berasal dari keluarga berada dilantik sebagai CEO di syarikat milik keluarga beliau. Rita pula tidak bekerja atas permintaan Haris. Sejak awal perkahwinan lagi, Haris sering pulang lewat sehinggakan telah menjadi buah mulut jiran mengatakan Haris mempunyai wanita simpanan. Ku Haris akhirnya terpaksa mengaku mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya benama Juana setelah beberapa kali ditangkap Rita. Ku Haris dan Juana akhirnya berkahwin dan Rita redha dimadukan kerana masih tidak dikurniakan zuriat. Juana yang kurang senang kerana terpaksa bermadu merancang pelbagai agenda supaya Ku Haris menceraikan Rita. Ku Haris akhirnya kecundang dan dia menceraikan Rita dengan alasan Rita tidak dapat memberinya zuriat dan penampilan yang terlalu kolot. Rita akhirnya bangkit dan memulakan kehidupan yang baru.