Manir

Manir ialah sebuah pekan yang terdapat kira-kira 8km dari pusat bandar Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan berpenduduk majoriti Melayu 99 peratus sementara yang lain terdiri daripada penduduk kaum Cina. Manir terbahagi kepada dua iaitu kampung Manir asal (Manir pasar dan kampung sekitarnya) dengan Kampung Manir Kubang Jela. Penduduk pekan ini dianggarkan berjumlah 7000 orang. Manir juga adalah merujuk kepada DUN Manir yang meliputi kawasan kampung Manir dan sekitar. Secara teknikalnya Manir diletakkan dibawah Parlimen Hulu Terengganu bagi tujuan pentadbiran, walaupun berada dalam daerah kuala Terengganu.