ManifestaSITI2020

ManifestaSITI2020 ialah album studio ke-18 oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza. Album ini dikeluarkan pada 3 Julai 2020 menerusi Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia selepas album SimetriSiti (2017). Seperti dua album Siti Nurhaliza yang terdahulu, pembikinan album ini menyaksikan kolaborasi antara komposer, penulis lirik dan penerbit Malaysia dan Indonesia.[1]Album ini mengandungi 11 lagu dengan lima daripadanya telah dikeluarkan sebagai single. Tempahan untuk pembelian album ini dibuka pada 28 Jun dan berjaya dijual sebanyak 2,000 unit.[2]

Rujukan

WikiPedia: ManifestaSITI2020 http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelancara... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurh... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/terang-t... https://music.apple.com/my/album/manifestasiti2020... https://gempak.com/artikel/38476/kulit-album-siti-... https://www.malaysiakini.com/hiburan/532919 https://open.spotify.com/album/5iQRgamyWPUpuhQG98X... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/09/379153/anta-...