Penerbitan ManifestaSITI2020

ManifestaSITI2020 ialah album studio Siti ke-18.[2] Beliau mengumumkan tajuk album terbaharunya itu laman media sosial.[3] Menurut Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak, konsep album ManifestaSITI2020 tidak lari daripada aliran genre pop sangat kental dan sebati dengan Siti Nurhaliza.[3] Album ini merupakan terjemahan Siti berhubung perjalanan kerjayanya menuju tahun 2020.[3] Dalam temuramah dengan Astro Awani, beliau berkata: "Untuk album ini, kita masih mengekalkan konsep pop tetapi akan ada satu lagu lama yang akan diberi nafas baharu. Ini adalah manifestasi Siti Nurhaliza sendiri, apa yang dia nak, apa yang dia ingin suarakan, apa yang dia ingin zahirkan jadi album ini adalah keseluruhan manifestasi untuk tahun 2020,".[3]

Sebanyak 11 lagu dimuatkan dalam album ini, lima daripadanya telah dilancarkan sebagai single iaitu "Anta Permana",[4] "Kasihku Selamanya",[5] "Terang",[6] "7 Nasihat"[7] dan "Basyirah".[8][2] Album ini turut memuatkan lagu "Teratai Menjelma" nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.[2] Antara tenaga kerja album ini ialah Aubrey Suwito, Omar K, Hael Husaini, Ezra Kong, Pown Hasril, Melly Goeslaw, Hafiz Hamidun, Ippo Hafiz, John Jeevasingham, Ryan Kyoto, Kmy Kmo dan ramai lagi.[2]

Album ini mengambil masa setengah tahun untuk disiapkan.[9] Dalam temuramah bersama Harian Metro, Siti berkata: "Album penuh ini adalah azam dan kelangsungan untuk saya meneruskannya kerana inilah kepuasan seorang penyanyi. Alhamdulillah, syarikat saya, Siti Nurhaliza Productions bekerjasama sekali lagi dengan Universal Music Malaysia untuk menerbitkan album baharu,".[10]

Rujukan

WikiPedia: ManifestaSITI2020 http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelancara... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurh... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/terang-t... https://music.apple.com/my/album/manifestasiti2020... https://gempak.com/artikel/38476/kulit-album-siti-... https://www.malaysiakini.com/hiburan/532919 https://open.spotify.com/album/5iQRgamyWPUpuhQG98X... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/09/379153/anta-...