Latarbelakang Mansor_Othman

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Aishah Binti Zainul dan dikurniakan dengan tiga orang anak. lelaki.

Pendidikan

Beliau mempunyai kelayakan akademik yang lengkap, dengan ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Yale Amerika Syarikat yang diiktiraf sebagai antara Universiti terbaik di dunia. Beliau kembali ke tanah air untuk bertugas dengan USM. Antara jawatan yang dipegang ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar, selainmenjadi pensyarah dan penyelidik serta pengerusi Unit Kutipan dan Kawalan Data USM.

Pekerjaan

Beliau menjadi AJK Pemadam Pulau Pinang dari tahun 1994-1996, AJK Pendidikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri (1993 - 1998), AJK Majlis Pembangunan Usahawan Pulau Pinang(1994-1998) dan Setiausaha Konvensyen Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang(1994 & 1996). Mansor juga pernah menjadi Penyelaras Program Pembangunan dan Kepimpinan Belia Pulau Pinang dan AJK Konvensyen Bumiputera Pulau Pinang. Selain itu, beliau juga dilantiksebagai AJK Majlis Pembentukan Program Khidmat Sosial Nasional Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1996.


Selama 16 tahun, mulai 1980, Mansor turut menjadi pensyarah mengenai politik Malaysia di Intan, Biro Tatanegara di samping mengendalikan kursus-kursus motivasi dan kepimpinan untuk pelbagai badan kerajaan. Sebagai penyelidik dan pensyarah, Mansor turut membantu agensi awam dalam kajian dan penyelidikan yang membabitkan program memperkasakan ekonomi golongan miskin.

Beliau bertindak sebagai ketua pasukan kajian untuk membangunkan projek TEKUN yang bertujuan meningkatkan keupayaan keusahawanan dan membentuk jaringan antara peniaga kecil menerusi pinjaman mikrokredit. Mansor juga terbabit dalam kajian keberkesanan program pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia, AIM serta membantu kerajaan Pulau Pinang untuk menambahbaik sistem pengurusan tanah di negeri itu.

Politik

Dr Mansor pernah menjadi setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau pernah bertanding di Seberang Jaya (2004) dan Pulau Betong pada pilihanraya umum 2008 tetapi tewas.

Atas kapasiti itu, Anwar Ibrahim memilih beliau menjadi calon terbaik untuk Pilihan raya kecil Penanti 2009. Akhirnya beliau menang dengan majoriti besar dengan majoriti 5,558 undi.