Manuel_Seoane
Manuel_Seoane

Manuel_Seoane

Manuel Seoane (19 Mac 1902 - 21 Ogos 1975), gelaran diberi La Chancha, ialah seorang pemain bola sepak Argentina yang bermain di posisi penyerang.Seoane dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman bagi kelab Independiente dan juga bagi pasukan Argentina. Beliau diiktiraf oleh media massa dan juga penyokongnya sebagai seorang yang mempunyai semangat berpasukan dan pandai mencanang strategi, serta bijak menganalisis permainan bola sepak dari segi teknikal. Beliau juga merupakan penyerang yang sangat hebat, mempunyai rekod jaringan tertinggi sekali semasa era permulaan bola sepak di Argentina dengan 196 gol. Beliau kemudiannya menjadi ketua jurulatih bagi pasukan Argentina dalam tahun 1930-an.