Karier Manuel_Seoane

Kelab

Seoane bermain untuk kelab Independiente.

Seoane memulakan kariernya di kelab Club Progresista semasa berusia 15 tahun. Selepas beliau menamatkan satu perlawanan latihan dengan 2 gol, beliau menyertai Independiente, di mana beliau membuat penampilan rasmi pertama pada 6 Mac 1921, dalam perlawanan menentang San Lorenzo.

Independiente menang kejohanan pertamanya pada tahun 1922[1], di mana pada ketika itu pasukan Independiente dibentuk dari pemain-pemain terhandal seperti Raimundo Orsi, Canaveri, Lalín, Ravaschino dan juga Seoane.

Sepanjang kariernya bersama kelab, Seoane bermain sebanyak 264 perlawanan dan menjaringkan 241 gol. Beliau pernah menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Argentina sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1922, 1926 dan 1929. Beliau juga membantu kelabnya memenangi kejuaraan liga pada tahun 1922 dan 1926.

Pada tahun 1923, beliau telah diarah keluar dari padang selepas berlaku satu insiden dengan pengadil perlawanan, menyebabkan beliau digantung dari bermain untuk liga yang dianjurkan oleh "Asociación Argentina de Football". Insiden itu menyebabkan beliau berpindah ke kelab El Porvenir.

Pada tahun 1925, beliau menyertai Boca Juniors dalam jelajah Eropah di mana beliau menyumbat 16 daripada 40 gol.

Selepas hukuman gantungnya tamat, beliau kembali bersama kelab Independiente pada tahun 1926. Pada tahun itu, kelab Independiente memenangi kejuaraan liga dengan beliau merupakan penjaring terbanyak dengan 76 gol[2].

Negara

Seoane mewakili pasukan Argentina pada tahun 1924 hingga 1929. Beliau pernah bermain dalam Copa América mewakili pasukan Argentina pada tahun 1924, 1925, 1927 dan 1929[3]. Beliau juga merupakan salah seorang pemain Argentina yang memenangi kejohanan Copa América pada tahun 1925, 1927 dan 1929 di mana beliau juga merupakan penjaring terbanyak kejohanan pada tahun 1925 dengan 6 gol.

Pengurusan

Seoane merupakan ketua jurulatih pasukan Argentina pada tahun 1934 dan 1937.