Sinopsis Maou

Ryo Naruse (Satoshi Ohno) ialah seorang peguam bermuka dua: di luar, dia sangat baik hati, selalu membela yang tidak bernasib baik dan mendapat gelaran "Peguam Malaikat" dari media massa; tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa dia seorang berhati "iblis", bermuslihat dalam membalas dendam terhadap kematian adiknya. Naoto Serizawa (Toma Ikuta) ialah seorang detektif yang agak gelojoh dan menjadikan pekerjaan detektif sebagai penghapusan dosa masa silam yang pernah dilakukannya. Apabila kenalan keluarga Serizawa dibunuh, Serizawa turut terjebak dalam permainan konflik pembunuhan yang juga bercampur dengan masa silamnya yang gelap.