Sejarah Maraton

Apabila Sukan Olimpik moden bermula di Athens pada tahun 1896, marathon adalah acara paling ditunggu-tunggukan oleh peserta dan para peminatnya. Seramai 17 orang atlet telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Acara ini telah dimenangi oleh seorang pengembala tempatan bernama Spiridin Louis, yang dihadiahi sebutir pingat dan seekor kuda, serta sebuah kereta kuda untuk kampungnya.

Acara ini telah dimenangi oleh pelbagai bangsa di dunia, serta mencetuskan kisah yang menarik. Misalnya, di Sukan Olimpik London pada tahun 1908, seorang peserta Itali bernama Dorando Pietri tiba di stadium dalam keadaan terhuyung-hayang dan terpaksa dipapah ke garisan penamat. Kemenangan tersebut diisytiharkan sebagai tidak sah kerana beliau dibantu oleh orang lain.

Untuk pengetahuan pengguna semua, acara maraton adalah acara yang biasanya dijalankan pada hari terakhir sesuatu kejohanan sukan peringkat Asia dan Olimpik.