Marc_Márquez
Marc_Márquez

Marc_Márquez

Marc Márquez Alentà (lahir 17 Februari 1993) ialah pelumba jalan raya motosikal Grand Prix profesional Sepanyol, yang telah berlumba bagi pasukan kilang Honda sejak debut MotoGP pada 2013. Dilahirkan di Cervera, Catalonia, Sepanyol, beliau digelar "Semut Cervera" di seluruh dunia (disebabkan ketinggiannya, 1.68m), dan el tro de Cervera di kampung halamannya, yang bermaksud "guruh Cervera". Beliau adalah salah satu daripada empat pelumba yang telah memenangi kejuaraan dunia dalam tiga kategori berbeza, selepas Mike Hailwood, Phil Read dan Valentino Rossi, dan merupakan salah seorang pelumba motosikal paling berjaya sepanjang zaman, dengan lapan Kejohanan Dunia Grand Prix atas namanya, enam daripadanya berada dalam kelas perdana. Márquez menjadi pelumba Sepanyol ketiga selepas Àlex Crivillé dan Jorge Lorenzo untuk memenangi gelaran kelas perdana, dan merupakan pelumba Sepanyol paling berjaya dalam MotoGP setakat ini, dengan 59 kemenangan. Pada 2013, beliau menjadi pelumba pertama sejak Kenny Roberts pada 1978 untuk memenangi gelaran kelas perdana pada musim pertamanya, dan yang paling muda memenangi gelaran keseluruhan, pada usia 20 tahun dan 266 hari.[1]Márquez sering dianggap sebagai salah seorang inovator terhebat dalam perlumbaan MotoGP moden,[2] kerana teknik selekohnya yang agak keterlaluan, yakni mencondongkan diri dengan melampau sehingga dilihat "dalam bahaya berterusan untuk tergelincir keluar".[3] Beliau adalah abang kepada juara dunia Moto3 2014 dan juara dunia Moto2 2019, Álex Márquez.[4]Márquez memenangi Kejohanan Dunia 125cc 2010,[5][6] Kejohanan Dunia Moto2 2012, [7] [8] dan Kejohanan Dunia MotoGP 2013, 2014, 2016, 2017, 2018 dan 2019. Beliau menjadi pelumba pertama sejak Kenny Roberts pada 1978 untuk memenangi gelaran kelas perdana pada musim pertama, dan yang paling muda untuk memenangi gelaran keseluruhan.[1] Pada 2014, beliau mempertahankan gelarannya, memenangi kejuaraan dengan baki tiga pusingan,[9] di mana beliau memenangi sepuluh perlumbaan berturut-turut. Márquez menyamai rekod Grand Prix sepanjang masa bagi petak pertama pada usia 23 tahun pada 2016.[10] Márquez memperoleh kejuaraan 2016 dengan baki tiga pusingan di Motegi dan memastikan kejuaraan di Valencia pada pusingan akhir 2017. Beliau kemudiannya memenangi kejuaraan 2018 dengan baki tiga perlumbaan dan menjadi pemenang Grand Prix ketiga tertinggi sepanjang masa. Beliau memperoleh kejuaraan 2019 dengan berbaki empat perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand, menandakan Kejohanan Dunia ke-8 dan ke-6 dalam Kelas Perdana. Márquez terlepas hampir semua musim 2020 yang dimampatkan dan tertangguh (beliau menamatkan 26 pusingan perlumbaan pertama, sebelum terjatuh) serta permulaan musim 2021 kerana patah lengan kanan yang dialami pada pembukaan musim 2020.[11] Selepas kembali pada musim 2021, beliau memenangi tiga perlumbaan di Jerman, Austin, Misano, dan mendapat tempat ke-2 lagi di Aragon, tetapi oleh kerana beliauu terlepas dua perlumbaan pembukaan serta dua perlumbaan terakhir musim ini, beliau hanya menduduki tempat ke-7 keseluruhan.

Marc_Márquez

Lahir (1993-02-17) 17 Februari 1993 (umur 30)
Cervera, Sepanyol
Pasukan kini Repsol Honda
Warganegara Sepanyol
Kedudukan Kejohanan 2012 Pertama (328 mata)
Kedudukan Kejuaraan 2010 Pertama (310 mata)
PermulaanMenangPodiumPetakpertamaPusinganterpantasMata
PermulaanMenangPodiumPetak
pertama
Pusingan
terpantas
Mata
461014149467
Kedudukan Kejohanan 2021 Ketujuh (142 mata)
Nombor motosikal 93
Statistik karier lumba motosikalKejohanan Dunia MotoGPTahun aktifPengilangJuaraKedudukan Kejohanan 2021PermulaanMenangPodiumPetakpertamaPusinganterpantasMataKejohanan Dunia Moto2Tahun aktifPengilangJuaraKedudukan Kejohanan 2012PermulaanMenangPodiumPetakpertamaPusinganterpantasMataKejohanan Dunia 125Tahun aktifPengilangJuaraKedudukan Kejuaraan 2010PermulaanMenangPodiumPetakpertamaPusinganterpantasMata
Statistik karier lumba motosikal
Kejohanan Dunia MotoGP
Tahun aktif2013
PengilangHonda
Juara6 (2013, 2014, 2016, 2017, 2018, 2019)
Kedudukan Kejohanan 2021Ketujuh (142 mata)
PermulaanMenangPodiumPetak
pertama
Pusingan
terpantas
Mata
1525910063592521
Kejohanan Dunia Moto2
Tahun aktif20112012
PengilangSuter
Juara1 (2012)
Kedudukan Kejohanan 2012Pertama (328 mata)
PermulaanMenangPodiumPetak
pertama
Pusingan
terpantas
Mata
321625147579
Kejohanan Dunia 125
Tahun aktif20082010
PengilangKTM (20082009)
Derbi (2010)
Juara1 (2010)
Kedudukan Kejuaraan 2010Pertama (310 mata)
PermulaanMenangPodiumPetak
pertama
Pusingan
terpantas
Mata
461014149467
Juara 1 (2010)
Tahun aktif 20082010
Pengilang KTM (20082009)
Derbi (2010)

Rujukan

WikiPedia: Marc_Márquez http://www.autosport.com/news/report.php/id/111224 http://www.autosport.com/news/report.php/id/116307 http://www.marcmarquez93.com/ http://www.motogp.com/en/news/2014/Moto3+Valencia+... http://www.motogp.com/en/news/2010/125+race+valenc... http://www.motogp.com/en/news/2010/Marquez+125+wor... http://www.motogp.com/en/news/2012/australia+moto2... http://www.motogp.com/en/news/2012/Marc+Mrquez+201... http://www.motogp.com/en/news/2016/08/20/stunning-... http://www.motogp.com/en/riders/Marc+Marquez