Marco_van_Basten
Marco_van_Basten

Marco_van_Basten

Marcel "Marco" van Basten (Sebutan Belanda: [ˈmɑrkoː vɑn ˈbɑstə(n)] ( listen); lahir 31 Oktober 1964) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda dan kini menjadi pembantu jurulatih bagi pasukan kebangsaan Belanda. Sepanjang kariernya sebagai seorang pemain, van Basten hanya bermain untuk Ajax dan Milan pada 1980an hingga awal 1990an sebagai seorang penyerang. Beliau diakui salah satu penyerang terbaik sepanjang zaman dan telah menjaringkan lebih 300 gol sepanjang kariernya tetapi perlawanan terakhirnya pada 1993 ketika berusia 28 tahun. Beliau membuat persaraan dua tahun kemudian oleh kerana kecederaan yang memaksa.[2] Beliau kemudian menjadi ketua jurulatih Ajax dan pasukan kebangsaan Belanda.Sepanjang bermain untuk Belanda, van Basten dinobatkan "Pemain Terbaik Kejohanan" Euro 1988 selepas persembahannya yang memukau dengan menghasilkan lima gol termasuklah gol voli pada perlawanan akhir menentang Kesatuan Soviet. Di peringkat kelab, beliau meraih tiga gelaran Eredivisie, satu Piala Pemenang UEFA bersama Ajax dan tiga gelaran Serie A dan dua trofi Piala Eropah ketika bersama Milan.Van Basten dinobatkan sebagai pemenang Ballon d'Or sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1988, 1989 dan 1992.[3] Selepas itu, beliau turut dinamakan Pemain Terbaik Dunia FIFA pada tahun 1992. Pada tahun 1999, beliau berada di kedudukan keenam dalam pemilihan internet Pemain Abad Ini FIFA dan van Basten di kedudukan kesepuluh di kalangan pemain Eropah abad ini oleh IFFHS serta di tempat ke-12 dalam pemilihan Pemain Terbaik Dunia Abad Ini. Pada tahun 2004, beliau dipilih Pelé ke dalam senarai FIFA 100. Pada tahun yang sama, satu pemilihan dibuat bagi menentukan 100 orang Belanda terhebat. Van Basten berada di kedudukan ke-25 dan di kedudukan kedua di kalangan pemain bola sepak di belakang Johan Cruyff. Pada 2007, Sky Sports meletakkan Van Basten di tempat pertama dalam senarai atlet terhebat yang menamatkan kariernya di usia yang awal.

Marco_van_Basten

1981 Belanda B21
2014 AZ
Nama penuh Marco van Basten
2015–2016 Belanda (pembantu pengurus)
1980–1981 USV Elinkwijk
Tempat lahir Utrecht, Belanda
2003–2004 Jong Ajax
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)[1]
2012–2014 Heerenveen
Posisi permainan Penyerang
2004–2008 Belanda
Tarikh lahir (1964-10-31) 31 Oktober 1964 (umur 55)
1971–1980 UVV
Tahun Pasukan
1983–1992 Belanda
1970–1971 EDO
Kelab terkini Belanda (pembantu pengurus)
2014–2015 AZ (pembantu pengurus)
2008–2009 Ajax
1981–1987 Ajax
1987–1995 Milan

Rujukan

WikiPedia: Marco_van_Basten http://www.acmilan-online.com/lg_basten.php http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.imdb.com/name/nm1408376/bio http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://uk.reuters.com/article/2014/09/03/uk-soccer... http://www1.skysports.com/football/news/12040/9472... http://www.theguardian.com/football/2014/sep/03/ma... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://www.marcovanbasten.net http://www.marcovanbasten.net/ah.php