Kerjaya Mardiana_Alwi

Kerjaya seni Mardiana bermula dalam bidang nyanyian semasa berumur 10 tahun. Seterusnya, dia seringkali terlibat dalam persembahan bersama Yayasan Warisan Johor untuk Keroncong DiRaja Johor. Mardiana turut pernah menjadi Juara Pertandingan Ghazal Kebangsaan dan Remaja Johor, Juara Pertandingan Nona Anggun 2003 dan Naib Juara Pencarian Model I-Remaja. Mardiana juga pernah memenangi Bintang Klasik Nasional Negeri Sembilan 2009 dan mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan nyanyian Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada 2009.