Biodata Mari_Kiviniemi

Kiviniemi dilahirkan di Seinajoki , Finland . Dia dibesarkan di desa Ostrobothnia Selatan. Anak seorang penternak ayam, dan pergi ke sekolah di Jalasjärvi . Dia pernah menyertai program pertukaran pelajar ke Jerman selama setahun . Dia belajar di Universiti Helsinki pada tahun 1988 - jurusan ekonomi.

Berkahwin dengan Juha Mikael Louhivuori seorang usahawan pada tahun 1996. Mereka memiliki dua anak, Hanna dan Antti. Dia boleh bercakap bahasa Finland, Sweden dan Inggeris. Dia suka mendengar muzik klasik dan bermain piano , seruling dan ski . Keluarganya mempunyai sebuah pondok musim panas di Tasik Vanajavesi .

Kiviniemi adalah ahli politik sejak 1991. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Kesatuan Pelajar. Kiviniemi juga merupakan ahli dewan bandar Helsinki.