Biografi Marie_Smith_Jones

Jones mengahwini seorang nelayan, William F. Smith, pada 5 Mei 1948. Walaupun dia dianugerahkan sembilan orang anak dengan Smith, anak-anaknya tidak belajar bahasa Eyak atas sebab stigma sosial yang dikaitkan dengannya pada waktu itu. Dia berpindah ke Anchorage sekitar 1970-an. Dia bekerjasama dengan seorang ahli bahasa, Michael E. Krauss, yang membuat sebuah kamus dan tatabahasa untuk bahasa Eyak supaya bahasa itu dapat terus hidup.[4] Saudara kandung terakhirnya meninggal dunia sekitar penghujung 1990-an. Marie kemudiannya bergiat aktif dalam politik, dan dia pernah berucap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebanyak dua kali berkenaan keamanan dan bahasa pribumi. Dia juga aktif dalam hal-hal Indian berkaitan alam sekitar.[2] Marie mengalami masalah alkoholisme semasa mudanya, namun berhenti minum minuman keras semasa berusia 50-an;[2] dia seorang perokok tegar sehingga ke akhir hayatnya.[5] Dia mati atas sebab semula jadi pada 21 Januari 2008 pada usia 89 tahun di rumahnya di Anchorage.[2]

Berkaitan