Marina_Island_Pangkor
Marina_Island_Pangkor

Marina_Island_Pangkor

Marina Island Pangkor adalah pulau buatan manusia dan apa yang menariknya adalah ianya juga adalah yang pertama di Malaysia seumpama dengannya. Lokasinya yang strategik dibina bertentangan dengan Pulau Pangkor dan Pangkor Laut Resort. Projek penambakan untuk membentuk pulau yang diberi nama sebagai Marina Island Pangkor ini bermula sebelum 2012 lagi. Projek yang merangkumi penambakan sebesar 3216.9 ekar kawasan persisiran pantai Teluk Muroh ini telah dibangunkan oleh Marina Sanctuary Resort Sdn. Bhd. Mereka yang terlibat dalam projek penambakan untuk membentuk pulau buatan manusia yang pertama di Malaysia ini mengambil masa selama lima tahun perancangan dan kajian lengkap bagi untuk memastikan apabila pembuatan pulau tersebut dilaksanakan, ia tidak akan mengganggu alam sekitar dan ekosistem.Marina Island Pangkor terletak di pantai Teluk Muruh berdekatan Teluk Batik. Pulau ini amat luas dan mampu untuk menampung pelbagai bangunan diatasnya secara keseluruhan dengan keluasan sebesar 316.9 ekar. Jambatan sepanjang 400 meter adalah satu-satunya jalan yang menghubungkan Marina Island dengan tanah besar di Teluk Muruh. Untuk makluman di Marina Island Pangkor juga terdapat kemudahan jeti kedua selain jeti awam Lumut yang ada menawarkan servis untuk membawa orang ramai ke Pulau Pangkor.

Berkaitan