Sejarah Marionexxes

Awal penubuhan MARIONEXXES

Seawal tahun 1997, mereka bertindak melakukan sesuatu yang baru, sering keluar ke bandar dari kampung untuk mendapatkan pengalaman remaja.

Pada tarikh 1hb Disember 1997 mereka telah sepakat menubuhkan kumpulan yang diberi nama 'MARIONEXXES' iaitu singkatan kepada campuran MARIONETTES, BMX dan SEX.

Nama MARIONEXXES membawa maksud boneka bertali yang tidak dikenali jantinanya mengayuh Basikal Model X. Terjemahan dalam sebutan bahasa Jawa perkataan 'Mari Uni Asih' membawa maksud sembuh bunyi kasih.

MARIONEXXES mula dibentuk

Di awal pembabitan mereka, kumpulan MARIONEXXES telah berjaya menerbitkan produk sendiri sejak tahun 1997. Mereka merakamkan demo dan rehearsal untuk jualan dikalangan rakan-rakan sendiri. Hasilnya tidaklah lumayan cuma sekadar mendapatkan respons pendengar tentang muzik ciptaan sendiri. Lagu pertama yang dihasilkan berjudul Bicycle Model X berkonsepkan happy punk hardcore. Liriknya amat mudah, korus yang mudah diingati 'It's a bicycle, it's a bicycle, it's a bicycle model x'. Album rehearsal pertama pada tahun 1999 diberi judul 'Sticky Spoilly Thepoppycock' menampilkan 3 buah lagu iaitu Jalan Dobi, Marilyn Monroe dan Freshie from Boarding School.

MARIONEXXES ke Amerika Syarikat

MARIONEXXES juga merupakan kumpulan muzik yang pertama yang terpilih dari Malaysia untuk beraksi pada konsert Vans Warped Tour 2010 yang diadakan di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat pada 8 Ogos 2010.[1]

ALBUM

  1. Sticky Spoilly The Poppycock (1997)
  2. Indie Secret Admirer (2006)
  3. Band Music X (2009)
  4. I'M Singles (Kompilasi, 2011)
  5. Trash So Hard (Kompilasi, 2009)

MARIONEXXES dicakar Taib Aur

Pada 5hb Mac 2011 [2], MARIONEXXES telah dijemput untuk melontarkan kata-kata semangat kepada para pelajar Universiti Teknologi Malaysia di acara Fenomena Seni.

Wajah Piko telah dilakar secara langsung oleh Taib Razak atau dikenali sebagai Taib Aur.

Ini merupakan suatu acara dimana Piko diberi peluang menyampaikan sedikit motivasi kepada para pelajar yang mana berminat dengan kegiatan seni.

Antara artis lain yang terlibat ialah Najwa Latif, Happy Ending dan ramai lagi.