Kerjaya Mark_Adam

Mark pada mulanya bekerja sebagai guru tuisyen sebelum mengorak langkah dalam dunia seni.

Beliau memulakan kerjaya dengan mengeluarkan single bertajuk "Sampai Nanti" yang dicipta oleh Dj Cza. Lagu itu mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pendengar di Malaysia. Namun, nama Mark mula dikenali apabila lagu single kedua beliau iaitu Pencuri terus menarik minat rakyat Malaysia dan menjadi popular sehingga ke harini. Bukan itu sahaja, Mark juga terkenal dengan lawak spontan beliau yang mencuit hati bahkan beliau juga pernah menyertai program lawak muzikal, Juara Parodi. [2]

Di samping itu, Mark juga pernah mengeluarkan album menggunakan nama beliau iaitu Mark Adam. Album ini mengandungi 12 lagu dan diantaranya lagu Pencuri, Marry Me , Marry Me dalam bahasa Inggeris dan banyak lagi.

Selain, menyanyi Mark juga aktif melibatkan diri dalam bidang lakonan seperti drama Plan Cinta Tak Jadi yang bersiaran di Astro Ria. Beliau memegang watak pembantu dalam drama ini dan beberapa buah drama yang lain. [3] [4] [5]

Pada 2016, Mark dipilih menjadi tenaga pelajar di samping penyanyi, Jaclyn Victor dan Black Hanafiah dalam program realiti pertandingan nyanyian Ceria Popstar musim keempat. [6]

Pada 29 Mei 2017, Mark akan muncul dalam drama Biniku Ninja memegang watak sebagai Andi. Kawan kepada Azlan yang dilakonkan oleh Ungku Hariz. Drama terbitan Aanomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz ini merupakan adaptasi novel penulisan Azlan yang mempunyai tajuk yang sama. Drama ini akan disiarkan di Astro Maya HD dan Astro Oasis serta menampilkan gandingan pasangan suami isteri Ungku Hariz dan Jihan Muse sebagai peneraju utama drama ini. [7] [8]

Pada 17 Jun 2017, Mark bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Restu Ramadan yang bakal bersiaran di TV3.

Pada 2019, Mark Adam akan menjadi juri tetap untuk program realiti Bintang Bersama Bintang 2019 bersama Saiful Apek. [9]

Rujukan

WikiPedia: Mark_Adam http://www.imdb.com/name/nm1874504/ http://www.myinfotaip.com/2017/05/biniku-ninja.htm... http://www.astrogempak.com.my/artikel/3517/tak-kis... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/mark-adam-cu... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140801/h... http://www.utusan.com.my/hiburan/mark-adam-lebih-p... http://www.utusan.com.my/hiburan/pertaruhan-mark-a...