Markas_Angkatan_Tentera_Diraja_Thai
Markas_Angkatan_Tentera_Diraja_Thai

Markas_Angkatan_Tentera_Diraja_Thai

Markas Angkatan Tentera Diraja Thai (Bahasa Thai: กองบัญชาการกองทัพไทย) atau MK ATDT, adalah markas bersama Angkatan Tentera Diraja Thai yang "paling kemas"[1], terdiri daripada Tentera Darat Diraja Thai, Tentera Laut Diraja Thai dan Kor Marin Diraja Thai, dan Tentera Udara Diraja Thai. Bekas Markas Perintah Ulung (Bahasa Thai: กองบัญชาการทหารสูงสุด), namanya telah ditukar pada Februari 2008. Markas tersebut dibahagikan kepada dua cabang: iaitu "Kumpulan Markas" dan "Kumpulan Bersama". Markas ini diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (Bahasa Thai: ผู้บัญชาการทหารสูงสุด) terkini, Jeneral Chalermpol Srisawat dari Tentera Darat Diraja Thai. Panglima dibantu oleh beberapa jabatan dan direktorat, termasuk 4 timbalan panglima. Markas ini dibawah tanggungjawab Kementerian Pertahanan Thailand dan Menteri Pertahanan.