Marouf_al-Bakhit

Dr. Marouf Suleiman al-Bakhit (Bahasa Arab: معروف البخيت‎, lahir 1947) ialah Perdana Menteri Jordan yang mula-mula berkhidmat dari 27 November 2005 hingga 25 November 2007. Sebelum ini, beliau menjadi duta Jordan ke Israel dan ketua keselamatan negara. Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Raja Abdullah II tidak sampai tiga minggu selepas kejadian pengeboman Amman 2005, Bakhit menekankan keselamatan dan kestabilan awam di Jordan. Beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri oleh Raja Abdullah II pada 1 Februari 2011, ekoran tunjuk perasaan berminggu-minggu.[1]