Marsyal_Pertama_Empayar
Marsyal_Pertama_Empayar

Marsyal_Pertama_Empayar

Marsyal Itali
Grande AmmiraglioMarsyal Pertama Empayar (Bahasa Itali: primo maresciallo dell'impero) adalah sejenis pangkat tentera yang diwujudkan oleh Parlimen Itali pada 30 Mac 1938. Merupakan pangkat tertinggi dalam tentera Itali, ia hanya telah dikurniakan kepada Raja Victor Emmanuel III dan Duce Benito Mussolini. Pangkat tersebut telah dimansuhkan selepas Perang Dunia II.Keputusan Mussolini mencipta pangkat baru ini khas untuk dirinya dan raja telah menyebabkan krisis antara beliau dan Raja Victor Emmanuel III. Buat kali pertama dalam sejarah Kerabat Savoy, Perdana Menteri Itali menyandang pangkat yang sama dengan ketua kerabat diraja yang memberinya faedah gadai janji ke atas pemerintahan tertinggi Angkatan Tentera Itali, iaitu kuasa raja di bawah peruntukan undang-undang Statuto Albertino.