Martellidendron
Martellidendron

Martellidendron

Lihat teksMartellidendron ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Pandanaceae, tempatan di Seychelles dan Madagascar.[1] Ia menyerupai palma, namun tidak berkait rapat dengannya. Genus Martellidendron, yang sebelumnya dianggap ceraian bagi genus Pandanus pada 1951 oleh Rodolfo Emilio Giuseppe Pichi-Sermolli,[2] kemudian menjadi subgenus pada 1974.[3] Ia akhirnya diasing keluar pada 2003 atas dasar kajian filogenetik menggunakan butir penjujukan DNA kloroplas.[1]Nama genus Martellidendron adalah sempena Ugolino Martelli (1860–1934), yang merupakan seorang ahli botani, biologi dan mikologi Itali,[4] ditambah kata Yunani dendron untuk "pokok".Genus ini diterap lilit oleh Martin Wilhelm Callmander dan Philippe Chassot dalam Taxon jil.52 (Isu 4) di halaman 755-762 pada 2003.[5]