Maruah

Maruah ialah istilah yang digunakan dalam perbincangan kesusilaan, etika, dan politik bagi menunjukkan bahawa sesuatu orang mempunyai hak sejadi terhadap rasa hormat dan layanan beretika. Ia merupakan lanjutan daripada konsep Zaman Kesedaran tentang hak sedia ada dan tak terpisah. Maruah umumnya bersifat tegahan dan peringatan: misalnya dalam politik, ia biasanya digunakan untuk mengkritik layanan kelompok yang tertindas dan kumpulan rentan tetapi pengertiannya juga diperluas untuk merangkumi budaya dan subbudaya, agama, idaman, haiwan yang digunakan untuk makanan dan penyelidikan, serta juga tumbuhan.Dalam penggunaan sehari-hari, "maruah" merujuk rasa hormat dan status, dan seringnya digunakan untuk membayangkan bahawa seseorang tidak diberikan rasa hormat yang wajar, atau juga sewaktu seseorang gagal memperlakukan diri dengan hormat kendiri yang wajar. Terdapat juga sejarah panjang penggunaan falsafah khas tentang istilah ini. Bagaimanapun, istilah "maruah" jarang ditakrifkan dengan terus-terang dalam perbincangan politik, undang-undang, dan saintifik. Pengisytiharan antarabangsa sampai sekarang membiarkan istilah "maruah" tidak tertakrif,[1][2] dengan pengulas saintifik, seperti pembantah penyelidikan genetik dan algeni, menyebut maruah sebagai alasan tetapi kabur terhadap pengertiannya.