Mary_Magdalene
Mary_Magdalene

Mary_Magdalene

Mary Magdalene atau 'Maria Magdalena' atau Maria dari Magdala ialah seorang tokoh agama dalam agama Kristian . Beliau dianggap sebagai wanita kedua terpenting dalam Perjanjian Baru selepas Mariam (Mary) ibu kepada Nabi Isa / Jesus [2]. Maria Magdalena mengembara dengan Nabi Isa sebagai salah seorang pengikutnya. Beliau hadir pada dua peristiwa penting Nabi Isa iaitu : penyaliban dan kebangkitan. Dalam empat buah Injil, nama Maria Magdalena disebut 12 kali, lebih daripada kebanyakan pengikut Nabi Isa yang lain. Beliau disifatkan sangat berani, berani di sebelah Nabi Isa ketika saat-saat penderitaan, kematian dan seterusnya. Injil Lukas mengatakan tujuh syaitan telah keluar dari beliau[Lukas 8: 2].Injil Markus mengatakan bahawa Isa telah membuang tujuh roh jahat keluar dari Maria Magdalena. [Mk. 16: 9] ."Tujuh iblis" ditafsir sebagai penyakit kompleks, tidak kepada sebarang bentuk dosa.[3] Maria Magdalena hadir semasa penyaliban Isa dan semasa peristiwa Sabat. Injil berkanun iaitu [Matius 28: 1-8] [Mark 16: 9-10] [Lukas 24:10] [John 20:18] menggambarkan beliau bersendirian dan wanita pertama yang memberi keterangan kepada kebangkitan Jesus[4]. John 20 dan Mark 16: 9 menamakan beliau sebagai orang pertama yang telah melihat Isa selepas kebangkitan-Nya.Ahli teologi ortodoks Augustine melabel beliau sebagai "Rasul kepada para Rasul". Beberapa sarjana mendakwa Maria Magdalena sebagai pelacur , 'kekasih gelap' atau isteri Yesus dan ibu kepada anak-anak mereka. Namun, Mary Magdalene dianggap sebagai suci oleh Gereja Katolik, Ortodoks, Anglican dan Lutheran dengan sambutan perayaan 22 Julai setiap tahun. Sementara gereja Protestan menghormati beliau sebagai wirawati yang beriman, suci dan kudus. Gereja-gereja Ortodoks Timur juga memperingati beliau pada hari Ahad .

Mary_Magdalene

Lahir Date unknown
Place unknown
Meninggal Date unknown
Place: possibly Saint-Maximin-la-Sainte-Baume, Ephesus, Asia Minor [1]
Atribut Western: alabaster box of ointment
Eastern: container of ointment (as a myrrhbearer), or holding a red egg (symbol of the resurrection); embracing the feet of Christ after the Resurrection
Dihormati oleh Eastern Orthodoxy
Roman Catholic Church
Anglican Communion
Lutheranism
other Protestant churches
Bahá'í Faith
Hari perayaan July 22
Naungan Apothecaries; Kawit, Cavite; Atrani, Italy; Casamicciola Terme, Ischia; contemplative life; converts; glove makers; hairdressers; penitent sinners; people ridiculed for their piety; perfumeries; pharmacists; reformed prostitutes; sexual temptation; tanners; women