Mary Wollstonecraft (
27 April,
1759 -
10 September,
1797) ialah seorang pengarang
Inggeris yang terkenal pada
abad ke-18. Dilahirkan di
Spitalfields,
London, Wollstonecraft mempunyai kerjaya yang penting tetapi terlalu singkat selama sembilan tahun. Beliau mengarang "Pewajaran Hak-hak Wanita" (A Vindication of the Rights of Woman), bersama-sama dengan berbagai-bagai karya yang melintasi sempadan disiplin-disiplin yang memisahkan
falsafah,
persuratan,
pendidikan, nasihat,
politik,
sejarah,
agama,
keseksualan, dan
kewanitaan.Walaupun pada satu ketika, beliau hanya dikaitkan dengan sejarah kewanitaan, Wollstonecraft kini diakui sebagai seorang pengarang terutama dalam berbagai-bagai
genre, termasuk
kewartawanan, persuratan, dan
travelog (Johnson, prakata). Perjuangan peribadinya sebagai seorang
wanita dan pengarang telah menyumbang kepada penyataannya terhadap perhubungan yang dinamik antara penulisan politik dan hak-hak politik. Beliau memperdebatkan bahawa kedua-dua ini telah "dihadkan kepada kaum lelaki sejak masa
Adam". (Gunther,171). Tulisannya mencabarkan hak kelahiran lelaki, dan melahirkan satu bentuk analisis politik yang baru (Gunther, 171). Pada hari ini, Wollstonecraft telah disanjungi kerana sokongan awalnya terhadap
kesamaan dan kerasionalan wanita, serta perdebatannya terhadap perendahan dan penguasaan wanita yang dijustifikasikan oleh "kuasa sembarangan kecantikan" (Leitch, 585).